Haji Abdul Rashid.

HAJI ABDUL RASHID BIN MUHAMMAD SAID

Salah seorang tokoh alim yang terkemuka di Asia Tenggara khususnya sekitar lewat tahun 1940 hingga akhir 1980-an ialah Syeikh Abdul Rashid Al-Linggi.

Haji Abdul Rashid bin Muhammad Said bin Jamaludin lahir di Seremban (Negeri Sembilan) pada tahun 1918.

Bapanya merupakan Murshid Thariqah Ahmadiyah Idrisiyah Rashidiyah Dandarawiyah pada zamannya.

Setelah bapanya meninggal dunia, selama 3 tahun beliau diasuh oleh abangnya yang sulung, Haji Abdullah.

Ketika berusia 12 tahun dan selama 2 tahun kemudiannya, beliau berguru pula kepada seorang lagi abangnya, Haji Ahmad (Mufti Negeri Sembilan pertama).

Dalam perjalanan ilmiahnya, beliau pernah menuntut di Pondok Bunut Payung (Kelantan) selama 2 tahun di bawah asuhan Haji Abdullah Tahir bin Ahmad.

Pada tahun 1936, beliau berhijrah ke Makkah dan mendalami beberapa ilmu lainnya kepada beberapa ulama seperti:-
(1) Shaikh Khalil Al-Uthaibi
(2) Shaikh Asmatullah Al-Bukhari
(3) Haji Husain bin Abdul Ghani @ Sheikh Husain Palembang
(4) Shaikh Yasin Al-Mansuri
(5) Shaikh Mukhtar Al-Afnani

Beliau selanjutnya berangkat ke Madinah selama 3 bulan sebelum singgah di Damsyiq (Syria) bagi menceduk ilmu dari Shaikh Abdul Karim Al-Rifa’i.

Selama 7 tahun kemudiannya, secara khusus beliau mempelajari ilmu Fiqh empat Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari Shaikh Abdul Karim As-Shamuti.

Hasil dari kesungguhannnya dalam menuntut ilmu dan kepakarannya di dalam 35 disiplin ilmu, namanya mula masyhur sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya ke Singapura sekitar lewat tahun 1940-an.

Bertempat di Masjid Kassim, Kampong Pachitan dan kediamannya di Lorong K Telok Kurau, beliau mengajar para muridnya dalam pelbagai ilmu.

Antara muridnya yang di kemudian harinya menjadi ulama di Singapura ialah:-
(1) Habib Abdul Rahman bin Ahmad Alkaff
(2) Shaikh Muhammad Kamil bin Muhammad Fadhlullah As-Suhaimi Ba’Shaiban @ Mu’alim Kamil As-Suhaimi
(3) Ustaz Osman bin Yusuf
(4) Ustaz Husain bin Makhdom
(5) Kiyai Kasmin bin Mohamed Amin

Beliau juga sering berulang-alik mengajar di Kampung Air Limau (Melaka), Kampung Tanah Data (Negeri Sembilan), Petaling Jaya (Selangor) dan Brunei dari tahun 1968 hingga 1988.

Pada tahun 1984, di Majlis Mawlid Rasulullah SAW yang diadakan di Dandara (Mesir), Haji Abdul Rashid telah dilantik sebagai khalifah Thariqah Ahmadiyah Idrisiyah Rashidiyah Dandarawiyah bagi Asia Tenggara oleh Shaikh Fadhil bin Abbas Al-Dandarawi.

Di Singapura khususnya, beliau seorang tokoh alim ulung yang sukar dicari ganti. Betapa tidak, ketegasan beliau dalam urusan berkait hal-hal ugama digeruni dan disegani para pemimpin Islam tempatan.

Berita meninggalnya Haji Abdul Rashid pada 18 Oktober 1992 dalam usia 74 tahun di kediamannya di Lorong K Telok Kurau menggemparkan umat Islam setempat terutamanya ribuan muridnya di Asia Tenggara

Atas wasiatnya, jenazahnya telah dibawa pulang ke Seremban untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Keluarga Syeikh Muhammad Said Al-Linggi.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s